INTERNATIONAL CO-OPERATIVE ALLIANCE (ICA) BOARD MEETING
Mesyuarat Lembaga Pengarah Ikatan Koperasi Antarabangsa atau International Cooperative Alliance (ICA) Board Meeting yang dipengerusikan oleh Presiden ICA, Ariel Guarco telah berlangsung pada hari ini (19 Jun 2022) di Seville, Sepanyol.
Mesyuarat ini melibatkan penyertaan Anggota Lembaga Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) merangkap Ahli Lembaga International Cooperative Alliance (ICA), Dato’ Haji Kamarudin Ismail.
Malaysia yang diwakili Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) mempertahan kedudukan sebagai Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) atau International Cooperative Alliance (ICA) yang dijawat oleh Dato’ Haji Kamarudin Ismail pada Perhimpunan Agung International Cooperative Alliance Elective General Assembly yang akan berlangsung pada 20 Jun 2022.
SIARAN MEDIA
AGRICULTURAL ORGANISATION (ICAO)
Anggota Lembaga Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) merangkap Ahli Lembaga International Cooperative Alliance (ICA), Dato’ Haji Kamarudin Ismail dilantik semula sebagai Ahli Lembaga Eksekutif (EXCOM) International Cooperative Agricultural Organization (ICAO) bagi penggal 2022 hingga 2026 dalam Mesyuarat Agung ICAO yang berlangsung pada hari ini (17 Jun 2022) di Hotel Silken, Al-Andalus, Seville, Sepanyol.
Dengan pemilihan ini, Dato’ Haji Kamarudin Ismail akan mewakili rantau Asia Pasifik dalam jawatankuasa ICAO yang dianggotai 42 koperasi dari 35 negara dari seluruh dunia. Rantau Asia Pasifik mencatatkan keanggotaan 19 koperasi dari 13 negara. Lantikan semula ini menggambarkan keyakinan para pemimpin koperasi dunia terhadap peranan aktif Malaysia khususnya ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara yang diiktiraf oleh kerajaan dalam membantu memajukan sektor pertanian dan industri asas tani.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Presiden ICAO, Mr. Sung-hee Lee. Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan Naib-Naib Presiden ICAO dan anggota Lembaga lain yang membincangkan beberapa agenda penting termasuk laporan aktiviti dan pencapaian ahli, laporan kewangan, pelan strategik jangka panjang dalam memperkasa sektor pertanian, status keahlian semasa, pemilihan semula Presiden dan Naib Presiden serta lantikan Ahli Lembaga Eksekutif (EXCOM)
Pada mesyuarat agung ini, Mr. Sung-hee Lee dipilih semula sebagai Presiden ICAO bagi penggal 2022 hingga 2026.
ICAO merupakan sebuah sektor di bawah Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) diwujudkan sejak 71 tahun yang lalu bagi membangunkan industri pertanian koperasi dan menjaga kepentingan anggotanya. Mesyuarat Agung ICAO diadakan bersempena Perhimpunan Agung ICA Elective General Assembly dan Persidangan “ICA Cooperatives: The Moment Is Now! yang akan berlangsung bermula 19 hingga 22 Jun 2022 di Seville, Sepanyol.
Dato’ Haji Kamarudin Ismail
Ahli Lembaga International Cooperative Allisnce (ICA) dan Ahli Lembaga Elsekutif (EXCOM) InternationalCooperative Agricultural Organisation (ICAO) penggal 2022-2026 -
Lembaga Pengarah Angkasa.
Pengerusi Yayasan Guru dan Penjawat Awam Malaysia Berhad
Perbincangan bersama Presiden ICAO yg baru d pilih Chairman Lee dari Korea mengenai projek Hypers Park d Kluang. Korea akan terus membantu dari segi teknikal dan pembekalan “ Siemen” kepada Malaysia utk menghasilkan susu lembu yg bermutu tinggi dan kapasiti yg banyak.