NAMA : KOPERASI YAYASAN GURU DAN PENJAWAT AWAM MALAYSIA BERHAD (KYGPAMB)
NO DAFTAR KOPERASI : (W-6-0625)
ALAMAT:
C-3-3, Melawati Corporate Centre
Jalan Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-41052845 | 03-41052848 (GL) Faks : 03-41082845
Penubuhan Koperasi Yayasan Guru Dan Penjawat Awam Malaysia Berhad (KYGPAMB), (nama asal Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad (KYGMB) telah diutarakan oleh ahli-ahli Seumur Hidup Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) dalam Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Guru Malaysia Berhad bertarikh 23 Ogos 2009. Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) diperbadankan pada 03 Mac 1994 di bawah Akta Syarikat 1965 “Company Not Having Share Capital”.
Fungsi utama penubuhan Koperasi Yayasan Guru Dan Penjawat Awam Malaysia Berhad (KYGPAMB) ialah untuk anggota-anggota menabung atau “saving” bagi meningkatkan ekonomi .
Cadangan penubuhan Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad telah diluluskan sebulat suara oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Yayasan Guru Malaysia Berhad setelah dibentang dan dibincangkan dalam satu mesyuarat bertarikh 24 Februari 2010. Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif YGMB bersetuju menerima cadangan supaya Ahli-Ahli Seumur Hidup (ASH) dalam Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) yang telah membayar yuran Ahli Seumur Hidup sejumlah RM500.00 yang berminat menyertai KYGPAMB dibenarkan mengeluarkan RM100.00 daripada Yuran tersebut sebagai modal saham Koperasi dan yuran bulanan Koperasi sebanyak RM35.00 hendaklah dibayar oleh anggota-anggota sendiri setiap bulan.
Mesyuarat Agung penubuhan KYGPAMB telah diadakan pada 04 April 2010 bertempat di Kuala Lumpur Hotel Internatioanl (KLIH) dirasmikan oleh Haji Abdullah bin Mahmood selaku Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan dihadiri seramai 100 orang ahli YGMB.
Pendaftaran KYGPAMB telah diluluskan dengan rasminya pada 08 Julai 2010 dan Allahyarham Datuk Haji Ali bin Hashim telah dipilih sebagai Pengerusi Anggota Lembaga Koperasi Yayasan Guru dan Penjawat Awam Malaysia Berhad dan dibantu oleh sebelas orang lagi Anggota Lembaga Koperasi yang terpilih dalam Mesyuarat Agung pada hari tersebut.
Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah memperakukan pendaftaran pindaan nama Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad kepada Yayasan Guru Dan Penjawat Awam Malaysia Berhad bertarikh 10 Mac 2022 membolehkan “Keanggotaan” koperasi ini terbuka kepada semua kakitangan awam yang sedang berkhidmat di seluruh negara.
VISI
Koperasi telah menetapkan “VISI” baharu iaitu menjadikan Koperasi Yayasan Guru Dan Penjawat Awam Malaysia Berhad sebagai sebuah Koperasi yang terbaik tersenarai dalam 100 buah Koperasi di Malaysia menjelang tahun 2025.
MISI
MISI baharu koperasi ialah :
Meningkatkan tadbir urus yang bersistematik melalui pengurusan yang berkualiti, akauntabiliti dan telus melalui teknologi terkini.
Perkhidmatan yang cekap, berdisiplin dan amanah bagi kepentingan anggota koperasi YGPAMB.
Menambah bilangan keanggotaan Koperasi Yayasan Guru Dan Penjawat Awam Malaysia Behad mulai tahun 2021 ke tahap sepuluh kali ganda menjelang tahun 2025.
Menghasilkan keuntungan Koperasi Yayasan Guru Dan Penjawat Awam Malaysia Berhad tidak kurang daripada 10% setiap tahun.
Memperluaskan faedah kebajikan kepada keluarga anggota-anggota Koperasi Yayasan Guru Dan Penjawat Awam Malaysia Berhad melalui pelbagai kemudahan yang disediakan.
Aktiviti utama penubuhan Koperasi Yayasan Guru ialah untuk memberi kemudahan pembiayaan kepada anggota-anggotanya sehingga RM50,000.00 atas kadar 4.97% setahun dan bayaran balik pembiayaan dalam tempoh 10 tahun.
Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Yayasan Guru Dan Penjawat Awam Malaysia Berhad Kali Ketiga Belas bertarikh 29 Jun 2024 telah meluluskan cadangan pembiayaan dinaikkan daripada RM50,000.00 kepada RM70,000.00 atas kadar dan tempoh yang sama.
Disamping menyediakan kemudahan pembiayaan untuk anggota-anggota, Koperasi Yayasan Guru Dan Penjawat Awam Malaysia Berhad ada memberikan bantuan Kebajikan/Dermasiswa kepada anggota-anggota dan keluarga anggota Koperasi seperti berikut :
Menamatkan pelajaran :
Anggota
PHD RM 500
Sarjana (Master) RM 300
Sarjana Muda / Diploma RM 150
Waris anggota (suami/isteri/anak)
PHD RM 250
Sarjana / Master RM 180
Sarjana muda / diploma RM100
Pencapaian dalam pendidikan (anak)
STPM (CGPA : 3.75 - 4.00) RM 100
STAM (Mumtaz & Jayyid Jiddan) RM 100
SPM (6 A ke atas) RM 100
Bencana alam
Anggota RM 300
Kematian
Anggota RM 1 000
Suami / isteri RM 300
Anak RM 250
Kemalangan
Anggota RM 300
Faedah hospital
Anggota sahaja RM 20 sehari (tuntutan mulai hari ketiga sehingga hari ke sepuluh bagi satu tahun semasa dalam negara sahaja)
Faedah persaraan
Bagi anggota sahaja RM 300 ( Hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tempoh persaraan)
Kawasan operasi KYGPAMB adalah di seluruh negeri dalam Malaysia. Kawasan operasi ini digabungkan beberapa negeri dan dibahagikan kepada beberapa kawasan bagi memudahkan segala urusan berkaitan pentadbiran dan pengurusan koperasi dengan anggota-anggota di seluruh Malaysia.
KAWASAN UTARA(ZON UTARA)
• NEGERI PERLIS
• NEGERI KEDAH
• PULAU PINANG
• NEGERI PERAK
KAWASAN TENGAH(ZON TENGAH)
• NEGERI SELANGOR
• WILAYAH PERSEKUTUAN
KAWASAN SELATAN(ZON SELATAN)
• NEGERI SEMBILAN
• NEGERI MELAKA
• NEGERI JOHOR
KAWASAN TIMUR(ZON TIMUR)
• NEGERI KELANTAN
• NEGERI TERENGGANU
• NEGERI PAHANG
KAWASAN SARAWAK(ZON SARAWAK)
• NEGERI SARAWAK
KAWASAN SABAH(ZON SABAH)
• NEGERI SABAH